Pengurusan Alam Sekitar

Setiap sistem yang wujud memerlukan misi dan visinya supaya segala perancangan tercapai dengan berkesan. Secara umumnya pihak majikan mahupun pekerja kurang dan tidak mengendah tentang kepentingan Polisi, sedangkan Polisi adalah tunjang kepada sistem pengurusan bersepadu.

Setelah wujudnya Polisi Alam Sekitar, boleh beranjak kepada beberapa tahap lagi untuk memastikan Polisi yang telah digariskan terlaksana dan tercapai. Elemen penting dalam sistem pengurusan alam sekitar antaranya ialah:

1. Perancangan
2. Aspek Alam Sekitar
3. Keperluan Undang-undang
4. Objektif dan Target
5. Program Pengurusan Alam Sekitar
6. Pelaksanaan dan Operasi
7. Tanggungjawab
8. Keperluan Latihan, Kesedaran dan Kopetensi
9. Komunikasi
10. Dokumentasi Sistem Pengurusan Alam Sekitar
11. Kawalan Dokumen
12. Kawalan Operasi
13. Kesiapsiagaan dan Tindakbalas Kecemasan
14. Semakan dan Pembetulan
15. Pemantauan dan Penilaian
16. NCR dan Pembetulan dan Pencegahan
17. Rekod
18. Audit Pengurusan Alam Sekitar
19. Semakan dan Kemaskini Majikan

Elemen-elemen di atas dapat disimpulmudahkan dengan konsep Perancangan (Plan), Pelaksanaan (Do), Penyemakan (Check) dan Pembetulan (Action) atau PDCA.

Signifikan Dasar

Lima (5) faktor penting di dalam kejayaan Dasar Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Kencana HL Sdn Bhd.

Kefahaman

Kefahaman kepada Dasar Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Kencana HL Sdn Bhd. adalah amat penting sebelum sebarang aspek perlaksanaan dasar dilakukan. Keperluan membuat Dasar Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar tertakluk kepada majikan yang komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja khususnya di permis Kencana HL Sdn Bhd. Dasar ini perlu diterangkan kepada semua ahli di dalam syarikat bermula dari peringkat pengurusan hinggalah ke peringkat pekerja bawahan. Ianya adalah penting dalam memastikan misi dan visi keselamatan dan kesihatan syarikat dicapai dan dilaksanakan secara berkesan. Dasar Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Kencana HL Sdn Bhd digubal dan disemak oleh pihak tertinggi syarikat yang diwakili oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan setiap tiga (3) tahun. Sebarang perubahan dasar akan dibincang oleh jawatankuasa ini. Jawatankuasa Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Kencana HL Sdn Bhd diketuai oleh Pengarah Urusan sebagai pengerusi dan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan sebagai setiausaha jawatankuasa. Bagi memastikan setiap lapisan pekerja memahami Dasar Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar syarikat, Pengarah Urusan Kencana HL Sdn Bhd mengambil inisiatif memberi taklimat khas berkaitan Dasar Kesihatan. Keselamatan dan Alam Sekitar syarikat di perhimpunan awam pekerja dan majikan setiap tiga (3) bulan sekali sepanjang tahun. Dengan cara ini, para pekerja dalam memahami dan mengemaskini pemahaman mereka terhadap halatuju dasar serta visi dan misinya. Selain itu Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Kencana HL Sdn Bhd juga sebagai pengerak utama dalam mendukung dan melaksanakan promosi kesihatan, keselamatan dan alam sekitar kepada setiap lapisan pekerja di syarikat. Antara program yang diatur setiap tahun dan setiap bulan seperti mengadakan kempen keselamatan dan kesihatan, hari keselamatan syarikat dan pelbagai lagi bagi menarik minat dan suasana keselamatan yang harmoni dikalangan pekerja dan majikan.

Komitmen Majikan

Sokongan penuh majikan merupakan aspek penting dalam menentukan Dasar Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Kencana HL Sdn Bhd berjaya dilaksanakan. Secara umumnya, pihak tertinggi pengurusan Kencana HL Sdn Bhd menyokong dan memberi perhatian terhadap Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar. Ini dapat dibuktikan dengan penglibatan Pengarah Urusan sebagai ketua organisasi besar Kencana HL Sdn Bhd. Namun begitu, sokongan dari akar umbi seperti pegawai-pegawai yang signifikan dalam organisasi contohnya Pegawai Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Kewangan adalah sangat minima kerana peruntukan dana Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar adalah amat diteliti sepenuhnya dan disekat. Walaubagaimanapun masih ada peruntukan dana yang dikhaskan untuk Program Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar.

Objektif

Tiada makna sebuah Dasar Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar sekiranya tiada objektif yang jelas. Objektif sesuatu dasar adalah tunjang utama dalam penghasilan sebuah Dasar Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar yang jelas, padat dan lengkap. Apa yang penting ialah objektif yang mudah dicapai. Secara keseluruhan gambaran, Dasar Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Kencana HL Sdn Bhd telah menyentuh asas utama yang perlu ada di dalam sesebuah dasar bertulis. Objektif ini yang akan menjadi penanda ukur kejayaan sesuatu dasar sesebuah syarikat. Namun begitu, kenyataan Dasar ”...Mematuhi sepenuhnya kehendak Undang-undang Kerajaan...” adalah satu misi yang sukar dicapai secara realistik di Kencana HL Sdn Bhd.

Dasar Sebagai Budaya Kerja

Untuk memastikan objektif Dasar Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar berjaya antara lainnya ’Pembudayaan Kerja Selamat’ oleh setiap lapisan pekerja di dalam syarikat. Aspek pembudayaan kerja selamat ini dilaksanakan secara sistematik yang diberi tanggungjawabnya kepada Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar. Pihak Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar komited dalam memenuhi dasar ini dengan perancangan program yang sesuai dilaksanakan di semua peringkat lapisan pekerja. Antara program-program yang telah dirancang di dalam ’Perancangan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar’ adalah seperti:

1.Program induksi keselamatan bagi setiap pekerja baru,
2.Program induksi berterusan bagi pekerja yang pernah bekerja di Kencana HL Sdn Bhd,
3.Program kesedaran budaya kerja selamat dan
4.Program kesihatan umum.

Budaya kerja selamat ini juga harus dipromosikan di peringkat barisan ’Penyelia’ dan ’Kumpulan Pengurusan Projek’. Ini adalah penting dalam memastikan mesej keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat disampaikan secara berkesan melalui hubungan rapat penyelia dan pekerja. Satu kajian asas yang dilaksanakan oleh Jurutera Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Kencana HL Sdn Bhd menunjukkan keputusan yang signifikan yang mana methodologi penyampaian isu berkaitan keselamatan lebih effektif jika penyelia itu sendiri menyampaikan mesej berkaitan keselamatan. Penyelia adalah orang yang paling memahami tingkalaku dan keadaan kerja yang berkaitan.

Keselamatan Sebahagian Dari Perniagaan

Sebagai sebuah syarikat yang berorientasikan industi kejuruteraan berat minyak dan gas, aspek Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar adalah agenda utama dalam perjalanan perniagaan. Petronas Carigali Sdn Bhd misalnya selaku klien utama Kencana HL Sdn Bhd amat menitikberatkan isu keselamatan dan kesihatan, contohnya Kontrak Pembinaan Kejuruteraan yang memerlukan syarikat memenuhi tuntutan yang menjelaskan keperluan Kesihatan dan Keselamatan. Ini secara tidak langsung menjadikan aspek Keselamatan sebagai elemen penting dalam perniagaan syarikat.

Kesimpulan

Dasar Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar merupakan tunjang utama misi dan visi syarikat. Dalam memastikan dasar ini berjaya, Aspek kefahaman dan pelaksanaan perlu dititikberatkan yang bermulanya dari pihak majikan seterusnya pekerja.

Nota Kaki: Dasar juga dikenali sebagai Polisi

Jenis Kepatahan Tulang

Ada beberapa jenis kepatahan yang biasa ditemui:

Kepatahan tertutup - kepatahan yang berlaku di mana tiada luka ataupun tulang yang patah itu tidak terdedah kepada udara luar.

Kepatahan terbuka - kepatahan tulang yang mempunyai luka dan terdedah kepada udara luar.

Kepatahan penuh
- kepatahan tulang yang berlaku di mana tulang itu patah kepada dua atau lebih serpihan.

Kepatahan tidak penuh - keretakan yang berlaku kepada tulang tersebut.

Kepatahan stress - kepatahan yang berlaku disebabkan oleh pergerakan yang berulang di mana tulang itu tidak dapat menahan bebanan tersebut ( spt berlari atau kawat ) . Tulang akan mengalami keretakan yang amat halus dimana tidak dapat ditunjukkan oleh sinar x pada peringkat awal.


Frekuensi Radio Bhgn 7

Langkah Kawalan Hazad Frekuensi Radio

Bagi mengurangkan hazad berpotensi dari frekuensi radio, langkah kawalan yang berkesan harus diambil kira. Antara kaedah mengawal pendedahan kepada frekuensi radio adalah mengurangkan kuasa pemindahan gelombang. Namun begitu kaedah ini selalunya dikawal di sekitar kawasan kerja, jadi pihak pengurusan perlu memastikan mereka boleh mengawal kekuatan sebaran. Selain itu langkah kawalan berbentuk kawalan pentadbiran boleh diambil, antaranya ialah:

1. Membangunkan Prosedur Kerja Selamat (SWP) yang menyenaraikan secara terperinci risiko, hazad dan langkah kawalan yang efektif dan berkesan.
2. Merangka dan merancang lebih banyak latihan yang berkaitan kepada pekerja.
3. Memberi input keselamatan dan kesihatan berkenaan frekuensi radio kepada orang awam.
4. Memasang dan mempamir secukupnya papan tanda amaran di sekitar kawasan berpotensi.
5. Pemantauan yang berkala dilaksanakan oleh pihak berwajib agar risiko dapat diminimakan.

Kesimpulan

Saban tahun persoalan ditimbulkan mengenai signifikan gelombang elektromagnetik dan kesannya terhadap kesihatan manusia. Namun begitu ianya masih lagi dalam status quo dan isu ini masih kontroversi walaupun penyelidikan telah dijalankan lebih dari 25 tahun. Keputusan dan kesimpulan yang ditemui oleh para penyelidik tidak konsisten menyebabkan kesimpulan ujikaji tidak dapat diputuskan secara tepat. Dan kebanyakkan aktiviti penyelidikan dilaksana di dalam makmal, In vitro berbanding penyelidikan terus kepada manusia In vivo. Namun begitu, kita tidak boleh mengambil langkah sambil lewa kerana ancaman ini melibatkan keselamatan dan kesihatan manusia. Secara realitinya ancaman ini tidak dapat dielakkan, tetapi dapat dikawal agar risiko diminimakan serendah mungkin.

Rujukan:

1. Bio-initiative report. Rationale for a Biologically-based Public Exposure Standard for Electromagnetic Fields (ELF and RF)
2. Ronald Kitchen. RF and Microwave Radiation Safety Handbook.1993-2001
3. ICNIRP. Review of the Epidemiologic Literature on EMF and Health.
4. Federal Communications Commission (FCC), United State of America
5. Suruhanjaya Tenaga dan Komunikasi Malaysia.

Frekuensi Radio Bhgn 6

Pengiraan Jarak Zon Ekslusion (Exclusion Zone)

Contoh ini menjelaskan kaedah kiraan zon ekslusion antena pada (1.45 x 0.28 x 0.125) meter beroperasi pada 1,855 MHz dengan nilai EIRP 50 yang dipasang dalam kawasan yang boleh dimasuki oleh orang awam. Apakah jarak minimum antena untuk memastikan pendedahan tidak melebihi had selamat pada orang awam?

Langkah Pertama:

Kira had dedahan ketumpatan maksimum kuasa kepada orang awam (Rujuk Jadual 3 untuk ketumpatan kuasa dalam julat 300 hingga 2,000 kerana antena beroperasi dengan frekuensi 1,855 Mhz).

Wlimit = f /200, 1,855 / 200, = 9.275 W/m²

Langkah Kedua:

Kira jarak selamat minimum dengan menyusun semula persamaan di atas;

W = EIRP / (4πr²)
= PTG / (4πr²) jadi untuk jarak dari antena rmin bersamaan dengan;

rmin = √EIRP / (4πW)
= √50.0 / 4.0 x π x 9.275
= 0.927 m


Langkah Ketiga:

Periksa semula untuk memastikan jarak minimum tadi di dalam zon medan jauh (FF);
Dimulai dengan mengira panjang gelombang:

λ = 300 / f (f dalam unit MHz)
= 300 / 1855
= 0.162 m


Maksimum dimensi antena lebih besar dari panjang gelombang, ia boleh dikelaskan sebagai antena besar. Jadi permulaan wilayah medan jauh boleh dikira dengan rumus FF iaitu:

FF = 0.5 x D² / λ
= 0.5 x (0.5)² / 0.162
= 0.773 m

Berdasarkan jarak minimum yang dikira berada dalam zon medan jauh, jadi perkiraan di atas adalah sah. Orang awam tidak dibenarkan berdiri lebih dekat dari 0.927 meter secara terus di depan antena.

Frekuensi Radio Bhgn 5

Zon Ekslusion Frekuensi Radio

Zon ekslusion ditakrifkan sebagai kawasan yang mana orang awam atau pekerja tidak dibenarkan masuk/hadir secara fizikal kerana ancaman pancaran frekuensi radio.

Kiraan Teorikal


Pengiraan zon ekslusion boleh diklasifikasikan seperti berikut:

Rumus zon medan hampir (Near field zone formula)
Rumus zon medan jauh (Far field zone formula)

Huraian Rumus

Rumus zon medan hampir (NF)
Wm = 4PT / A

Yang mana;

Wm adalah ketumpatan kuasa maksimum, dalam unitnya Watt per meter persegi,
PT adalah kuasa bersih yang dikeluarkan dari antena, Watt (W) dan,
A apertur (Bukaan) kawasan dalam unitnya meter persegi.

Rumus ini digunakan untuk menjangka ketumpatan kuasa jarak yang kurang dari jarak medan jauh (FF).

Rumus zon medan jauh (FF)

FF = 0.5 x D² / λ


Yang mana;

FF adalah permulaan zon FF dalam unit meter (m),
D adalah dimensi maksimum antena dalam unit meter (m) dan,
λ adalah panjang gelombang dalam unit meter (m) = 300 / f, yang mana f adalah megahertz MHz)

Rumus zon FF digunakan untuk memeriksa jarak selamat yang dikira adalah sah. Kesahihannya bergantung kepada dimensi maksimum antena adalah lebih besar dari jarak gelombang yang di analisis.

W = EIRP / (4πr²)
= PTG / (4πr²)


yang mana;

EIRP
adalah kuasa ’Isotropically Radiated’ dalam unit Watt (W).
r adalah jarak dari antenna dalam unit meter (m)
PT adalah kuasa bersih yang dikeluarkan dari antena dalam unit Watt (W)
G adalah gandaaan antena (nisbah kuasa) yang berkaitan antena isotropik dan
π , 3.142

Persamaan di atas mewakili jangkaan ketumpatan kuasa medan jauh untuk axis utama beam (main axis beam)

Frekuensi Radio Bhgn 4

Panduan Tahap Frekuensi Radio Yang Dibenarkan Dan Jarak Selamat Kepada Orang Awam dan Pekerja. Jadual 3&4 menunjukkan tahap yang dibenarkan kepada orang awam dan pekerja mengikut standad ICNIRP:



Jadual 3: RF Levels Exposure Limit for Public



Jadual 4: RF Levels Occupational Exposure Limits

Notes:
Frequency f is in Megahertz (MHz)
A power density of 10 W/m² is equivalent to 1 mW/cm²
A magnetic field strength of 1 A/m corresponds to 1.257 microtesla or 12.57 miligauss.

Frekuensi Radio Bhgn 3

Namun begitu sejak akhir-akhir ini, kajian telah membuktikan terdapat kesan biologi dan kesihatan berlaku pada tahap dedahan frekuensi radio dan ELF yang mana tiada langsung proses pemanasan ataupun pengaruhan elektrik (induced current) dan kesan ini berlaku jauh beribu kali di bawah had keselamatan (safety limit) yang sedia ada. Kesan ini lebih dikenali sebagai kesan tidak termal (Non-thermal effect).

Kesan tidak termal (Non-thermal effect) mempunyai signifikan yang tinggi punca pelbagai simptom dan kesan biologi kepada manusia dan haiwan. Kadar Serapan Spesifik (Spesific Absorption Rate) adalah parameter yang digunakan untuk menilai kadar dedahan ini. Kadar Serapan Spesifik ataupun SAR ditakrifkan sebagai nilai serapan kuasa (Total absorbed power) dibahagikan dengan nilai berat badan (H.Moseley 1988). Menurut (Jianming Jin, 1998), Kadar Serapan Spesifik ditakrifan sebagai kiraan kadar tenaga frekuensi radio yang diserap oleh badan ketika dedahan frekuensi radio (medan elektromagnetik). Ia dirumuskan sebagai nilai serapan kuasa per berat tisu dengan unitnya Watt per Kilogram (W/kg).

Had Dedahan Standard


Terdapat pelbagai versi standard had dedahan frekuensi radio (medan elekromagnetik) ini. Di Amerika Syarikat misalnya Federal Communications Commission (FCC) telah menguatkuasakan had dedahan kepada had dedahan pekerjaan dan had dedahan awam. Had dedahan ini berbeza berdasarkan frekuensi (MHz) dan masa dedahan. Masa dedahan 6 minit ditetapkan had dedahan pekerjaan dan 30 minit untuk had dedahan awam. Jadual 2 menunjukkan had dedahan maksimum yang dibenarkan (MPE)

Jadual 2: Had dedahan maksimum yang dibenarkan (MPE)

a) Had Pekerjaan dan Pendedahan Terkawal


* Plane wave equivalent power density

b) Had Populasi Awam dan Pendedahan Tidak Terkawal

Federal Communications Commission (FCC), United State of America

Had Pekerjaan dan Pendedahan Terkawal


Diaplikasikan dalam situasi di mana personal yang terdedah kepada frekuensi radio (medan elektromagnetik) berpunca dari pekerjaannya dan personal berkenaan peka sepenuhnya dengan potensi dedahan dan mengetahui cara kawalan yang patut diambil.

Had Populasi Awam dan Pendedahan Tidak Terkawal

Diaplikasikan dalam situasi di mana populasi awam atau personal yang terdedah kepada frekuensi radio (medan elektromagnetik) berpunca dari pekerjaan dan mereka tidak peka dengan potensi dedahan atau tidak mengetahui cara kawalan yang patut diambil.

Frekuensi Radio Bhgn 2

Kesan Dedahan

Kesan dedahan kepada frekuensi radio oleh dibahagikan kepada dua iaitu:

Kesan Termal
Kesan Tidak Termal


Seketika dahulu kebanyakan kajian epidemiologikal menjurus kepada kesan termal (thermal effect) kepada manusia dan haiwan. Para penyelidik dan pakar beranggapan bahawa pemanasan tisu badan kesan daripada pendedahan frekuensi radio ataupun kesan pengaruhan elektrik (induced current) adalah satu-satunya punca signifikan kepada organisma hidup apabila terdedah kepada frekuensi radio. Dedahan ini menjana pemanasan tisu dalam dos jangka singkat. (short-term doses) yang merbahaya kepada organisma hidup.

Jadual 1: Kesan termal kepada haiwan yang membawa maut.


Power density, exposure time and dose resulting in thermal death (WHO 1981)

Frekuensi Radio Bhgn 1

Frekuensi Radio (RF) ditakrifkan sebagai frekuensi atau kadar ayunan dalam satu saat berlingkungan julat di antara 3 Hz hingga 300 GHz. Julat ini bersamaan dengan frekuensi isyarat elektrik arus ulang-alik (AC) yang digunakan bagi menghasil dan mengesan gelombang radio.

Mengikut pandangan H.Moseley (1988), frekuensi radio boleh dirujuk sebagai terma generik frekuensi yang berkadaran hingga 300GHz, manakala mikrogelombang dikelaskan sebagai frekuensi dalam lingkungan julat 300MHz hingga 300GHz (Jarak gelombang interval 1m hingga 1mm)

Sejarah

Gelombang radio mula dikesan oleh James Clerk Maxwell pada tahun 1865. Maxwell melalui kertas kerjanya ‘A dynamical theory of electromagnetic field’ menyatakan gelombang radio mempunyai sifat seakan-akan sifat gelombang cahaya. Melalui pemerhatiannya beliau, sifat-sifat itu mempunyai sifat elektrik dan magnetik. Beliau merumuskan gelombang radio dan gelombang cahaya sebagai gelombang elektromagnetik yang memenuhi ruang angkasa.

Pada tahun 1887, Heinrich Hertz telah mendemonstrasikan kebenaran teori gelombang elektromagnetik Maxwell dengan ujikaji makmalnya. Bermula dari situ revolusi teknologi gelombang berkembang pesat, ramai inventor-inventor seperti Nikola Tesla dan Gugliemo Marconi memberi sumbangan yang signifikan di dalam aplikasi gelombang radio sebagai medium komunikasi..

Sumber Frekuensi Radio

Sepertimana yang kita ketahui, frekuensi radio adalah satu bentuk gelombang elektromagnetik di dalam julat medan spektrum elektromagnetik. Gelombang elektromagnetik secara semulajadi dibebaskan oleh matahari dan bintang-bintang di angkasa lepas. Namun begitu sejajar dengan perkembangan teknologi gelombang dan komunikasi, banyak alatan yang diinventorikan untuk pelbagai variasi penggunaan antaranya sistem pemancar radio, television, radar dan sebagainya. Penggunaan teknologi ini telah memberi satu anjakan kepada sistem komunikasi manusia hingga ke hari ini.

Hazad dan Risiko Frekuensi Radio

Banyak kajian epidemiologikal yang komprehensif berkenaan kesan frekuensi radio kepada manusia telah dilaksana. Kebanyakan kajian ini melibatkan kajian signifikan frekuensi radio dengan ketumbuhan kanser. Kajian lebih memfokuskan kesan pendedahan kepada gelombang radio dan television. Namun begitu data yang diperolehi telah memberi inferensi yang tidak konsisten dan tidak konkrit untuk merumuskan signifikan frekuensi radio ini dengan simptom kanser. Kajian masih dilaksana dari masa ke semasa untuk mendapatkan inferensi yang kukuh dan konkrit.

Kajian-kajian yang dilakukan menghasilkan keputusan yang kontradiksi antara satu sama lain, namun begitu di sebalik kontradiksi ini para penyelidik dan pakar mengakui ancaman frekuensi radio adalah benar. Dr. David Carpenter, Dekan Sekolah Kesihatan Komuniti dan Sosial, State University, New York percaya 30% daripada kesemua kanser yang menyerang kanak-kanak berpunca dari pendedahan kepada gelombang elektromagnetik. Manakala Martin Halper, Pengarah Analisis dan Sokongan, Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) menyatakan bahawa kajian epidemiologikal terhadap pengaruh medan elektromagnetik dan kesan-kesannya adalah kukuh dan harus dilakukan sesuatu untuk meminimakan potensi hazad dan risiko medan gelombang elektromagnetik.

Kajian yang dilaksanakan oleh EPA mengelaskan ancaman medan elektromagnetik sebagai Kelas B Karsinogen “…probable human carcinogen and joined the ranks of Folmaldehyde, DDT, Diotoxins and PCB’s”.

Kesan biologi terhadap frekuensi radio dan mikro gelombang

Mengikut laporan Cleary (1973), kepelbagaian kesan biologi yang terhasil dari pendedahan kepada frekuensi radio dan mikro gelombang antaranya seperti:

1. Hyperthermia
2. Cataract
3. Audiotory nerve responsest
4. Neurological effect
5. Cardiovascular effect
6. Hear enlargement
7. Increased thyrold activity
8. Alterations in serum proteins
9. Hair loss
10. Discruption of sexual potensi
11. Unstable mood
12. Anxiety

Sistem Rangka

Terdiri daripada 206 tulang yang membentuk satu rangka yang kuat. Rangka boleh dibahagikan kepada 5 bahagian:

a. Tulang kepala
b. Tulang bahagian dada
c. Tulang belakang

d. Tulang bahu dan lengan
e. Tulang pinggul dan kaki



Tugas Utama

a. Melindungi organ penting dalam badan.

b. Membentuk rangka di mana otot-otot melekat dan pengecutan menyebabkan pergerakan di sendi.

c. Menghasilkan sel-sel darah di dalam
som-som tulang.

d. Menyimpan zat-zat makanan seperti
kalsium dan potasium.

Struktur Tulang Belakang


Sistem Muskoloskeletal

Sistem muskoloskeletal terdiri daripada:

a. Sistem otot-otot.
b. Sistem rangka.





Sistem Otot

Otot-otot terlibat dalam pergerakan anggota badan. Otot bertindak secara menguncup dan mengembang apabila menerima rangsangan daripada saraf. Otot memerlukan oksigen dan bahan makanan untuk berfungsi. Ia membentuk 40% - 50% daripada berat badan.

Sistem Saraf

Sistem saraf keluar dari kardia spina (spinal cord) di dalam tulang belakang menghubungkan keseluruhan tubuh badan dengan otak. Ia merupakan talian komunikasi antara tubuh dengan otak. Sistem saraf terbina dari:



a. Otak
b. Saraf tunjang (korda spinal)
c. Gentian saraf

Gentian saraf membawa utusan dari otak dan saraf tunjang ke seluruh badan.Gentian saraf juga membawa utusan dari semua bahagian tubuh ke otak dan saraf tunjang.

Sistem Penghadaman

Sistem penghadaman menjalankan tugas yang penting iaitu menyediakan bahan-bahan makanan untuk diserap supaya bahan-bahan ini dapat digunakan oleh sel-sel tubuh. Ia terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir di dubur. Terbina dari struktur-struktur berikut:

a. Mulut.
b. Faring (tekak) kerongkong.
c. Perut.
d. Usus kecil.
e. Usus besar.



Terdapat organ pembantu penghadaman iaitu:

a. Kilang air liur.
b. Pankreas.
c. Hati dan pundi hempedu.

Sistem Kardiovaskular



Satu sistem membawa oksigen dan bahan-bahan makanan kepada sel-sel dan membawa keluar bahan buangan seperti CO2. Ia terdiri daripada:

a. Jantung.
b. Salur darah.

JANTUNG

Berbentuk kon dan sebesar genggam tangan terletak di belakang tulang dada di dalam ruang toreks, di antara dua paru-paru pinggir bawahnya terletak di atas permukaan otot diafram. Jantung terdiri daripada 3 lapiran dan 4 ruangan, 2 ruang di atas dikenali sebagai atrium dan 2 ruang di bawah dikenali sebagai ventricle. Atrium dan ventikel dipisahkan oleh injap.

Sistem Pernafasan Manusia



Sistem pernafasan adalah organ badan yang paling penting untuk memastikan oksigen disampaikan ke tisu dan karbon dioksida dikeluarkan dari badan. Sistem ini meliputi semua organ yang membantu proses pernafasan. Ia termasuk:

a. Saluran pernafasan atas - hidung, mulut, tekak (fariks).
b. Saluran pernafasan bawah - larinks, trakea dan bronkus.
c. Paru-paru.
d. Diafragma.
e. Otot-otot pernafasan.

Keselamatan Elektrik Bhgn 4

Perlindungan dan Pencegahan Hazad Elektrik

Perlindungan hazad elektrik boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu:

Perlindungan dari kontak langsung.
Perlindungan dari kontak tidak langsung.


Perlindungan daripada kontak langsung

Membekalkan penebatan bahagian peralatan yang berpotensi mengecas elektrik.

Perlindungan daripada kontak tidak langsung

Membekalkan pembumian secara efektif bagi pengasingan logam yang mana boleh mengecas elektrik jika penebat asas gagal.

Penguatkuasaan Undang-Undang

Pengendalian dan pengurusan elektrik dikategorikan dalam kerja merbahaya. Oleh itu, faktor penguatkuasaan undang-undang amat penting bagi menyediakan satu panduan supaya aspek pengurusan dilaksanakan dengan baik dan mengikuti standad.

1. Akta Bekalan Elektrik 1990
2. Peraturan Bekalan Elektrik 1994
3. Piawaian Sirim bagi peralatan elektrik
4. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Simbol dan Tanda Amaran Hazad Elektrik

Simbol dan tanda amaran hazad elektrik amat penting sebagai langkah kawalan hazad. Papan tanda amaran ini berfungsi sebagai kaedah komunikasi visual kepada pekerja dan orang sekeliling berkenaan hazad elektrik yang berpotensi. Di dalam Akta Kilang dan Jentera, 1967 Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Pengakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera, 1970, Peraturan 4 menyatakan bahawa pihak kontraktor yang bekerja dengan ini hendaklah mematuhi semua peraturan kesihatan dan keselamatan pekerjaan seperti yang berkuatkuasa mengikut undang-undang negara. Dibawah perkara 10:

"Sentiasa memastikan adanya penghadang keselamatan seperti lampu amaran, pagar, pita, papan-papan tanda amaran secukupnya."

Kesimpulan

Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang begitu penting dalam kehidupan seharian manusia. Pengendalian alatan elektrik dengan cara yang salah akan mengakibatkan kemalangan yang serius seperti renjatan elektrik dan kebakaran. Oleh itu aspek pengurusan keselamatan elektrik perlu dititikberatkan agar tahap hazad dan risiko dapat diminima serendah mungkin seterusnya dapat mengelakkan sebarang insiden dan kemalangan daripada berlaku.

Sumber:

1. Suruhanjaya Tenaga dan Komunikasi Malaysia
2. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, NIOSH
3. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1993
4. David L. Goetsch. Occupational Safety and Healthj for Technologists, Engineers, and Managers.2005

Keselamatan Elektrik Bhgn 3

Pengelasan Alatan Elektrik

Terdapat dua (2) kelas peralatan elektrik yang digunakan secara meluas di negara ini. Ia dikelaskan berdasarkan ciri-ciri keselamatan dan rekabentuknya.

Peralatan Elektrik Kelas I

Peralatan elektrik kelas 1 melingkungi semua alat elektrik yang badannya dibuat daripada logam. Semua peralatan jenis ini mestilah disambungkan ke punca kuasa menggunakan wayar mudah lentur 3 teras iaitu wayar hidup (coklat) dan wayar neutral (biru) yang diperlukan untuk membolehkan peralatan elektrik berfungsi.Wayar bumi (hijau/ kuning) pula diperlukan untuk memastikan arus bocor tidak mengalir ke tubuh pengguna, tetapi terus ke bumi apabila terjadi kerosakan seperti wayar hidup tersentuh pada badan logam peralatan tersebut. Ini boleh menyelamatkan pengguna dari renjatan elektrik.

Peralatan Elektrik Kelas II

Peralatan elektrik kelas ll pada amnya ialah peralatan elektrik yang badannya dibuat daripada bahan-bahan bukan pengalir elektrik seperti plastik. Terdapat juga peralatan yang badannya diperbuat daripada logam pengalir elektrik seperti video tetapi masih dikelaskan sebagai peralatan kelas ll. Ini kerana ia mempunyai sistem penebatan berganda (double insulation) iaitu penebatan pertama membolehkan ia berfungsi dengan sempurna manakala penebatan kedua memastikan pengguna tidak tersentuh dawai pengalir elektrik jika terjadi kerosakan.

Pengurusan Keselamatan Elektrik

Di Malaysia didapati 80% pengguna-pengguna elektrik di pepasangan domestik dan tempat kediaman adalah terdiri daripada yang kurang berpengetahuan mengenai keselamatan elektrik. Manakala kurang daripada 20% pengguna-pengguna elektrik adalah pengguna komersial dan industri.

Aspek pengurusan dalam keselamatan pengendalian alat elektrik adalah satu bidang yang penting bagi mengelakkan sebarang insiden dan kemalangan daripada berlaku. Pengurusan yang baik dan teratur membuahkan hasil kerja yang baik dan bersistematik. Ini secara tidak langsung meminimakan hazad dan risiko yang melibatkan elektrik. Pengurusan keselamatan elektrik diaplikasikan kepada aktiviti yang melibatkan pengendalian alatan elektrik yang merangkumi dari tataamalan permulaan kerja hingga akhir. Tataamalan ini menjadi petunjuk kepada pengendali agar melaksanakan kerja dalam keadaan yang sistematik dan selamat. Di dalam konteks pengurusan keselamatan elektrik, aspek langkah kawalan hazad elektrik dari segi kawalan kejuruteraan dititikberatkan. Langkah kawalan kejuruteraan hazad elektrik boleh dibahagikan kepada:

Sistem pembumian
Penggunaan bahan antistatik (bertujuan mengurangkan hazad elektrostatik)
Penebat berganda (double insulators)
Penggunaan fius untuk mengelakkan pengaliran arus yang tinggi.
Pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE)


Program Keselamatan Elektrik


Program Keselamatan Elektrik adalah satu program yang dibangunkan atas inisiatif individu atau pihak pengurusan. Tujuan utama Program Keselamatan Elektrik adalah sebagai kaedah promosi kesedaran dalam skop sistem kerja selamat dan pembangunan kemahiran pekerja.
Antara program yang boleh diatur:

1) Membangun dan melaksana program keselamatan yang komprehensif.

2) Program ini harus disemak dan dikemaskini agar ianya menepati kehendak masa dan keadaan kerja.

3) Menyediakan latihan yang mencukupi kepada pekerja dalam skop pengenalpastian dan mengawal hazad yang berkaitan dengan elektrik.

4) Menyediakan latihan yang spesifik dalam pengendalian alatan elektrik.

5) Latihan yang menjurus kepada kemahiran secara kopetensi.

6) Membangun dan melaksana prosedur kawalan hazad elektrik yang meliputi prosedur ’lock-out and tag-out’.

7) Menyediakan alat memeriksa dan mengesan kepada pekerja yang bekerja secara langsung dengan alat elektrik untuk memastikan tahap kerja dan fokus yang baik dan selamat.

8) Membangun dan melaksana program pemeriksaan berkala dan tidak berkala di tempat kerja.

9) Menggalakkan pekerja menyertai program-program keselamatan yang dirangka.

10) Menyediakan kelengkapan perlindungan diri yang sempurna.

11) Menyedia dan melaksana analisis kerja selamat kepada semua aktiviti kerja yang berpotensi dalam risiko dan hazad elektrik.

Keselamatan Elektrik Bhgn 2

Hazad Elektrik

Elektrisiti ataupun arus boleh membunuh. Saban tahun kemalangan yang berpunca dari elektrik direkod. Di United Kingdom misalnya sebanyak 1,000 kemalangan yang melibatkan elektrik dilaporkan. Biasanya kemalangan ini melibatkan kontak secara langsung manusia dengan alatan elektrik yang terdedah contohnya menyentuh kabel elektrik yang luka. Kemalangan yang melibatkan elektrik ini berlaku bilamana prinsip asas keselamatan elektrik tidak dititikberatkan.

Hazad elektrik boleh dikelaskan dengan beberapa jenis:
Hazad Elektrostatik
Hazad Kebakaran
Hazan Pengcahayaan (mata arka)
Hazad Renjatan

Hazad Elektrostatik

Elektrostatik terhasil oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat. Cas-cas ini mempunyai voltan yang tinggi tetapi arus yang rendah. Kesan elektrostatik ini akan menyebabkan kejutan. Elektrostatik boleh menjadi hazad kepada manusia bila ia mempunyai voltan tinggi yang boleh mengakibatkan kecederaan mahupun kematian. Elektrostatik juga boleh menjadi hazad kepada persekitaran yang berisiko untuk mewujudkan sumber pencucuhan dalam persekitaran mudah terbakar.

Hazad Kebakaran

Kita sering mendengar kemalangan yang berpunca dari elektrik pastinya melibatkan kebakaran. Fenomena ini berlaku berpunca dari litar pintas, lebihan tenaga mengalir (overload) dan lain-lain. Kegagalan ini menyebabkan percikan api ataupun penjanaan tenaga haba yang tinggi yang berpotensi dalam menyalakan api. Pelepasan cas statik juga penyebab kepada hazad kebakaran.

Hazad Pengcahayaan (mata arka)

Pengcahayaan yang melampau mampu merosakkan sistem penglihatan kita. Mata manusia begitu sensitif dengan cahaya lampau. Hazad ini terdiri dari cahaya ultraungu yang terhasil dari arka elektrik dari silauan cahaya aktiviti kimpalan. Apabila mata melihat secara langsung punca cahaya ini, ianya akan memberi kesan yang dipanggil ’Konjuntinitis’

Hazad Renjatan

Renjatan elektrik adalah hazad utama pada manusia. Renjatan elektrik terjadi bila badan atau anggota badan bersentuhan dengan sumber arus elektrik. Arus ini akan mengalir di dalam badan manusia dan terus ke bumi untuk dineutralkan. Kesan renjatan elektrik ini memberi kesan yang serius dan boleh membawa maut. Arus yang mencukupi menyebabkan fungsi anggota badan terjejas seperti kekejangan otot, kegagalan jantung dan melumpuhkan sistem pernafasan.

Berikut adalah antara contoh-contoh keadaan dan kelakuan yang terdedah kepada potensi bahaya elektrik:

Pepasangan dilakukan oleh orang yang tidak kompeten.
Mengganggu pergerakan jangka.
Membuat penyambungan dari rumah ke rumah.
Melakukan penyambungan terus ke pepasangan SESB.
Pepasangan dalam premis tidak diuji secara berkala.
Menyambung beban tambahan tanpa kebenaran.
Radas dan pendawaian yang tidak selamat ataupun tidak terlindung.
Sistem pembumian (earthing) tidak diperiksa.
Melakukan penyambungan tanpa jangka (tidak berdaftar).
Menggunakan bahan atau pepasangan yang bermutu rendah ataupun tidak berkualiti.

Sumber: Suruhanjaya Tenaga dan Komunikasi, Malaysia

Keselamatan Elektrik Bhgn 1

Pengenalan

Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang amat penting pada hari ini. Tanpa elektrik manusia tidak dapat melaksanakan aktiviti seharian yang sebahagian besarnya beroperasi dengan menggunakan tenaga elektrik.

Perkembang pesat era teknologi elektrik ini bermula dari era kurun ke-16 Masehi. Ramai inventor yang lahir di Eropah pada zaman revolusi. Antaranya Alessandro Antonio Volta (1745-1827), seorang ahli fizik Itali yang mencipta bateri elektrik yang mana alat pertama yang menjana pengaliran elektrisiti (Arus) secara berterusan. Seorang lagi inventor yang begitu signifikan dalam perkembangan teknologi elektrik ini ialah Adre-Marie Ampere (1775-1836), seorang ahli matematik dan fizik Perancis yang mengasas prinsip elektrodinamik. Beliau telah menjelaskan konsep arus elektrik secara spesifik dan membangunkan kaedah menilai dan mengira kuantiti arus.

Terminologi

Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang terhasil daripada pengaliran elektron. Manakala elektrisiti boleh ditakrifkan sebagai aliran zarah bercas negatif. Zarah bercas negatif (elektron) ini mengalir di atas objek atau sesuatu yang mengkonduksikan elektrik. Elektrisiti juga dikenali sebagai Arus. Secara asasnya, elektron akan mengorbit nukleus atom. Nukleus atom ini terdiri daripada zarah bercas positif yang digelar proton dan juga zarah neutral iaitu neutron.

Faktor Penting Elektrik

Tiga faktor yang mempengaruhi elektrik ialah:

Voltan iaitu perbeza keupayaan (difference of electrical potential) antara dua titik eletrik atau litar eletronik. Unit SI bagi voltan ialah Voltan (V)

Arus iaitu merupakan satu kuantiti dalam sains yang menerangkan kadar pengaliran cas elektrik Unit SI bagi arus ialah Ampere (A)

Rintangan iaitu sifat bagi litar di mana elektrik mengalir dan memberi rintangan kepada arus. Unitnya (R)

Rumus matematiknya ialah: V = I/R

Keperluan AKKP 1994

Keperluan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di Kencana HL Sdn Bhd dalam Skop Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan 1994 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996

ABSTRAK

Keperluan membentuk Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan syarikat adalah satu kehendak undang-undang yang harus dipatuhi. Terdapat dua (2) jenis organisasi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di permis Kencana HL Sdn Bhd iaitu jawatankuasa pusat dan projek. Setiap ahli dilantik mengikut perkiraan lantikan calon dari wakil pekerja dan pengurusan. Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan Kencana HL Sdn Bhd berfungsi sebagai organisasi yang mendukung visi dan misi syarikat yang ditunjangi oleh Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang mengandungi sembilan (9) element. Isu keselamatan dan kesihatan akan dibawa ke dalam persidangan mesyuarat akan dibincang dan diputuskan secara muktamad oleh majlis. Kertas ini juga menghuraikan tentang peranan promosi dan komunikasi untuk memastikan aspek keselamatan dan kesihatan dapat disampaikan secara berkesan. Terdapat tiga (3) kaedah asas iaitu komunikasi verbal, non-verbal dan contoh tingkah laku. Seterusnya bagi memastikan setiap ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan berkemahiran dan berpengetahuan, latihan yang spesifik harus dirancang.

Pengenalan

Kencana HL Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 1982 sebagai kontraktor tempatan yang terlibat dalam lapangan kejuruteraan berat fabrikasi minyak dan gas di Malaysia. Sejak awal penubuhannya lagi, Kencana HL Sdn Bhd telah dikenali sebagai sumber utama tenaga mahir dalam melahirkan pengimpal, ‘riggers’, dan ‘fitters’ yang terlatih bagi industri kejuruteraan berat di daratan mahupun laut lepas. Disamping itu Kencana HL Sdn Bhd juga terlibat dengan kejuruteraan pemprosesan paip gas, pepasangan elekrikal dan pembangunan saluran paip bawah dan atas tanah.

Kencana HL Sdn Bhd beroperasi di tapak perindustrian di Lumut, Perak yang mana dilengkapi dengan peralatan moden termasuk kren berat jenis merangkak (crawler), bergerak (mobile) dan ‘overhead’, mesin janakuasa dan alatan fabrikasi. Perkarangan limbungan Kencana HL Sdn Bhd juga dilengkapi dengan jetti untuk proses pemindahan struktur atau dikenali sebagai pelantar laut lepas industri minyak dan gas. Kencana HL Sdn Bhd telah membesarkan lagi skop industrinya dengan menceburi bidang pembaikan dan pembuatan kapal.

Sejajar dengan perkembangan pesat industri kejuruteraan berat yang berorientasikan minyak dan gas, Kencana HL Sdn Bhd telah meletakkan aspek Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) sebagai misi utama dalam menerajui perjalanan perniagaannya. Visi dan Misi Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran terpahat di dalam Dasar Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE Policy) yang telah menyenaraikan elemen-elemen penting yang harus dicapai. Setiap elemen ini dirangka sebaik mungkin supaya ianya sesuai, relevan dan dapat memacu misi syarikat berkembang seiring dengan keperluan keselamatan dan kesihatan. Bagi menjadikan Kecana HL Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat yang bertaraf dunia, elemen pengurusan keselamatan dan kesihatan diintegrasi bersama lain-lain element pengurusan. Dengan ini sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan dapat bergerak seiring dengan sistem pengurusan yang lain.

Elemen Penting Penyataan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Syarikat

Mematuhi sepenuhnya kehendak undang-undang kerajaan Malaysia.
Mengadakan persekitaran tempat kerja yang sihat dan selamat untuk kakitangan, pelanggan, kontraktor dan orang awam.
Mempromosikan kesejahteraan kesihatan dan mengelakkan penyakit pekerjaan di tempat kerja.
Mengenalpasti risiko bagi mengelakkan atau mengurangkan risiko kemalangan ke tahap minimum.
Mengelakkan kerosakkan terhadap harta benda.
Melindungi dan memelihara alam sekitar.
Mengamalkan dan memastikan peraturan kerja yang selamat di tempat kerja.
Memastikan sub-kontraktor mematuhi piawaian Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran di dalam syarikat dan industri.
Mencapai sasaran Kehilangan Masa Kerja Sifar (Zero LTI) untuk setiap projek yang dilaksanakan.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Bagi memastikan sistem keselamatan dan kesihatan terlaksana dengan efektif dan efisien, Kencana HL Sdn Bhd telah mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di peringkat syarikat dan projek. Penubuhan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan adalah satu tuntutan undang-undang keselamatan pekerjaan iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996. Peraturan ini mengandungi enam (6) bahagian yang menghuraikan kehendak undang-undang yang bersifat pengaturan kendiri yang memerlukan pihak majikan melaksanakan setakat yang pratik keperluan keselamatan yang baik.

Komposisi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, Bahagian II, Peraturan 5 (1), Sesuatu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah terdiri daripada:

a) seorang pengerusi
b) seorang setiausaha
c) wakil-wakil majikan dan
d) wakil-wakil pekerja.


Kencana HL Sdn Bhd mempunyai dua (2) struktur jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang mana dibahagikan kepada keperluan syarikat secara pusat dan keperluan projek.

Keperluan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Peringkat Pusat

Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan peringkat pusat diketuai oleh Pengarah Urusan syarikat sebagai pengerusi dan Pengurus Keselamatan dan Kesihatan sebagai setiausaha organisasi. Wakil-wakil pekerja dipilih secara sistematik dari projek-projek yang dijalankan di permis Kencana HL Sdn Bhd contohnya Projek Petronas Carigali Sdn Bhd, Shell Sarawak Berhad, Murphy Oil Sarawak dan lain-lain lagi. Bagi wakil-wakil majikan pula, ahli dipilih dari pengurus-pengurus jabatan yang ada di permis Kencana HL Sdn Bhd seperti Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kawalan Kualiti dan sebagainya. Organisasi ini akan bersidang mesyuarat dan memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali. Pemeriksaan tempat kerja dikenali sebagai ‘Walkabout’ yang akan dimudahcarakan oleh Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Kencana HL Sdn Bhd. Setiap ahli jawatankuasa akan diberi sekeping kertas untuk mengisi penemuan-penemuan yang signifikan dengan keselamatan dan kesihatan. Penemuan-penemuan ini akan dibawa ke sidang mesyuarat dan dibincangkan secara terperinci. Langkah-langkah kawalan yang efektif dan efesien akan disenaraipendekkan.
Rangkaan Dasar dan Penyemakan.

Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan peringkat pusat juga berfungsi untuk merangka dasar keselamatan dan kesihatan (jika belum ada) dan mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Sebarang cadangan dan pindaan bagi tujuan penyemakan akan dikemukakan kepada majikan untuk disahkan. Merangka dan menyemak semula dasar keselamatan dan kesihatan tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, Bahagian III, Peraturan 11 (d).

Mengkaji trend kemalangan

Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan peringkat pusat akan mengkaji trend kemalangan yang begitu signifikan yang boleh memberi kesan kepada syarikat. Biasanya kemalangan-kemalangan yang melibatkan kecederaan dan kematian akan dibincang secara serius di peringkat ini. Selain itu kemalangan yang melibatkan kemusnahan harga dan aset syarikat yang melebih RM 1 juta juga akan diperbincangkan. Semua ini tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, Bahagian III, Peraturan 11 (c).

Membincang hal ehwal kebajikan pekerja

Selain itu jawatankuasa keselamatan dan kesihatan peringkat pusat juga membincangkan berkenaan hal-ehwal keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja secara amnya. Wakil pekerja bebas untuk menyuarakan ketidakpuasan hati yang berkaitan dengan kebajikan mereka. Pihak majikan akan mendengar isu-isu yang dibangkit serta membincangkan sesama ahli jawatankuasa langkah-langkah kawalan yang berkesan.
Keperluan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Peringkat Projek

Setiap projek yang dijalankan di permis Kencana HL Sdn Bhd mempunyai jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang tersendiri. Organisasi akan diketuai oleh Pengurus Projek, manakala setiausahanya akan diketuai oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan yang dipertanggungjawabkan bagi sesuatu projek. Wakil-wakil majikan dan pekerja akan dilantik dari kalangan staff dan pekerja projek berkenaan seperti Jurutera Projek, Perancang Projek dan Jurutera Kualiti bagi wakil majikan. Manakala wakil pekerja akan diwakili oleh pekerja yang dilantik seperti Penyelia, Pengimpal,Pemandu Kren dan sebagainya. Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan peringkat projek boleh dirujuk pada mukasurat sebelah.

Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Peringkat Projek

Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan peringkat projek berfungsi sebagai satu (1) organisasi yang mengurus, merancang dan melaksana program keselamatan dan kesihatan khusus kepada projek yang terlibat.

Setiap projek yang dijalankan di permis Kencana HL Sdn Bhd mempunyai jangkamasa yang tertentu (Project Period). Sepanjang masa ini, pelbagai program keselamatan dan kesihatan dirancang dan dilaksana bagi memenuhi tuntutan dan objektif keselamatan dan kesihatan tercapai. Misalnya setiap projek mempunyai misi tiada kemalangan Kecederaan Masa Hilang (LTI) dan Pembudayaan Kerja Selamat di kalangan pekerja.

Perancangan Program Keselamatan dan Kesihatan

Bagi memenuhi misi dan objektif keselamatan dan kesihatan tercapai, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan akan merancang sebaik mungkin agar program yang dirancang terlaksana secara efektif dan efisien. Perancangan program ini dipanggil ‘Project HSE Plan’ ataupun Perancangan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran Projek.
Promosi dan Komunikasi Program

Mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, Bahagian III, Peraturan 18 (1), Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan hendaklah membantu majikan dalam apa-apa pertandingan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan. Ceramah keselamatan dan kesihatan dan apa-apa kegiatan lain yang diadakan untuk menggalakkan perjalanan kerja yang selamat di tempat kerja. Menggalakkan pembudayaan kerja yang selamat memerlukan kaedah promosi dan komunikasi yang berkesan. Jadi program-program yang komprehensif perlu dirangka.

Program-program keselamatan dan kesihatan yang dirancang perlu dipromosi dan dikomunikasi kepada pekerja. Terdapat tiga (3) methodologi asas komunikasi iaitu:

Komunikasi Verbal
Komunikasi Non-Verbal
Contoh Tingkahlaku


Komunikasi Verbal

Komunikasi Verbal adalah komunikasi yang melibatkan penyampaian maklumat secara lisan sama ada dua (2) hala mahupun sehala. Kaedah ini boleh diaplikasikan semasa sesi perhimpunan mingguan dan harian seperti mesyuarat ’Toolbox’. Kaedah ini ternyata berkesan kerana penyampaian maklumat boleh disampaikan secara terus kepada pekerja dari pelbagai lapisan. Ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan boleh mengambil peluang ini untuk menyampai dan mempromosikan program-program keselamatan yang telah dirancang. Di Kencana HL Sdn Bhd, mesyuarat ’Toolbox’ boleh diklasifikasikan kepada dua (2) jenis iaitu:

Mesyuarat ’Toolbox’secara pusat
Mesyuarat ’Toolbox’ secara seksyen

Mesyuarat ’Toolbox’ secara pusat dibuat dua (2) kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Jumaat. Sesi ini akan menampilkan personal penting syarikat seperti Pengarah Urusan untuk turun padang berkongsi maklumat sesama pekerja mengenai hal ehwal keselamatan dan kesihatan. Ini secara tidak langsung menunjukkan kepada pekerja komitmen majikan terhadap keselamatan dan kesihatan. Ia juga serampang dua (2) mata kaedah komunikasi ’Contoh Tingkahlaku’ dari majikan.

Mesyuarat ’Toolbox’ secara seksyen pula ditakrifkan sebagai pertemuan dikalangan penyelia dengan pekerja bawahannya. Mesyuarat ini lebih kecil dan spesifik kepada tugasan dan aktiviti contohnya kumpulan mesyuarat seksyen pengimpal. Kumpulan mesyuarat ini akan berbincang secara spesifik mengenai aktiviti kimpalan.

Ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan boleh mengambil peluang ini untuk mempromosi dan menyampaikan isu-isu yang berkaitan keselamatan dan kesihatan dengan lebih rapat lagi kepada lapisan pekerja bawahan. Secara saikologinya, penyampaian maklumat lebih efektif dikalangan kumpulan kecil.

Komunikasi Non-Verbal

Komunikasi Non-Verbal adalah komunikasi yang tidak melibatkan penyampaian maklumat secara lisan. Ia lebih menjurus kepada penyampaian maklumat secara media massa. Kaedah ini boleh disampaikan dengan menggunakan medium seperti Buletin Keselamatan, Tontonan Video Keselamatan, Kuiz Berbentuk Tulisan dan pelbagai lagi. Namun begitu kaedah ini kurang berkesan kepada pekerja kerana secara umumnya pekerja tidak berminat untuk membaca dan menulis ataupun tiada upaya untuk membaca dan menulis (Buta Huruf). Kaedah ini hanya sesuai kepada golongan pekerja dari peringkat penyelia dan ke atas yang mempunyai latar belakang akedamik yang paling tidak boleh membaca dan menulis.

Contoh Tingkahlaku

Kepimpinan melalui tauladan adalah frasa kata yang sesuai dengan kaedah promosi dan komunikasi ini. Pihak pengurusan yang diketuai oleh Pengarah Urusan mestilah menunjukkan contoh yang terbaik dari segi keselamatan dan kesihatan kepada pekerja. Kaedah ini lebih merupakan kaedah saikologi yang mempengaruhi attitud pekerja. Pekerja akan mudah mengubah attitud dari tanggapan negatif terhadap keselamatan dan kesihatan kepada tanggapan positif dengan melihat kelakuan pemimpin mereka. Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap ahli dalam jawatankuasa keselamatan dan kesihatan peringkat pusat mahupun projek mempunyai nilai-nilai murni keselamatan dan kesihatan.

Ketiga-tiga kaedah komunikasi di atas merupakan asas penting dalam mempromosikan elemen keselamatan dan kesihatan. Kaedah ini boleh diintegrasikan atau dikhususkan secara sistematik bagi tujuan penyampaian maklumat keselamatan dan kesihatan. Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan harus pandai memilih kaedah yang sesuai dengan kelompok sasaran yang sesuai agar sesi penyampaian maklumat dan promosi dapat dijalankan secara efektif dan efisien.

Melalui kaedah komunikasi yang berkesan juga, pihak pekerja boleh melapor dan membuat aduan mengenai ketidakpuasan hati terhadap keadaan keselamatan dan kesihatan atau apa-apa yang boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang tempat bekerja. Oleh itu majikan hendaklah mengadakan dan menyenggarakan suatu sistem komunikasi untuk membolehkan mana-mana pekerjanya membuat aduan, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, Bahagian III, Peraturan 16 (1).

Latihan dan Maklumat

Mengikut Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, Bahagian V, Peraturan 28, Seseorang majikan tempat kerja hendaklah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bahawa anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan mempunyai kefahaman dan pengetahuan asas tentang fungsi jawatankuasa di bawah Akta.

Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang mantap bergantung kepada ahli-ahlinya berpengetahuan dan berkemahiran. Jesteru itu, pihak pengurusan perlu memperkukuhkan program dan aktiviti melalui jawatankuasan keselamatan dan kesihatan agar mampu memberi kesedaran yang lebih tinggi terhadap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Antara latihan-latihan yang perlu dirancang dan dilaksana adalah:

Kursus Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Kursus Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan serta Organisasi
Kursus Pengenalpastian dan Penaksiran Hazad dan Risiko
Kursus Siasatan Kemalangan dan Laporan
Kursus Penyeliaan Tempat Kerja
Kursus Psikologi Industri


Kursus Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kursus ini merupakan tunjang kepada sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan secara menyeluruh. Sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan boleh dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu Dasar (Policy), Organisasi (Organization), Perancangan dan Pelaksanaan (Planning and Action), Penaksiran (Evaluation) dan Tindakan Pembaikan Berterusan (Action for Continual Improvement).

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan harus memahami sistem ini sepenuhnya agar segala perancangan dan perlaksanaan dapat bergerak secara sistematik dan bersistem. Kencana HL Sdn Bhd mempunyai impian besar untuk mencapai tahap syarikat yang berkarateristikkan Pro-aktif. Terdapat empat (4) karakteristik syarikat dalam menangani isu-isu keselamatan dan kesihatan:

Ad hoc
Sistematik
Sistem
Pro-aktif


Ad hoc

Ad hoc merupakan tahap di mana syarikat tiada langsung sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan yang spesifik. Syarikat cuma bertindak atas masalah keselamatan dan kesihatan yang timbul.

Sistematik

Sistematik merupakan tahap di mana syarikat masih dalam membangunkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan. Namun begitu ianya masih belum bertapak kukuh dan mempunyai sedikit personal yang mempunyai kepakaran dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Syarikat mengendalikan isu-isu keselamatan secara sistematik dan teratur tapi memerlukan bantuan dan sokongan dari pihak pakar contohnya konsultan bertauliah.

Sistem

Pada tahap ini syarikat telah mempunyai satu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan yang kukuh dan beroperasi dengan sistematik. Syarikat juga mempunyai kepakaran yang boleh membangun dan mengendalikan sistem ini dengan efektif dan efisien.

Pro-aktif

Sistem pengurusan dan keselamatan yang mantap perlu ditunjangi dengan pembudayaan kerja yang selamat. Pada tahap ini, setiap personal di dalam syarikat mengetahui tanggungjawab masing-masing terhadap keselamatan dan kesihatan. Sistem kerja yang sistematik dan mengikut prosedur melicinkan pergerakan organisasi syarikat. Selain itu syarikat yang bersifat Pro-aktif juga mempunyai kepakaran dalam keselamatan dan kesihatan malah setiap personal di dalam syarikat mahir dalam hal ehwal keselamatan dan kesihatan. Sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan berintegrasi dengan sistem pengurusan lain menjadikan elemen keselamatan dan kesihatan sebagai salah satu sistem pengurusan yang memacu perkembangan perniagaan syarikat.

Kursus Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan Organisasi

Setiap ahli yang dilantik harus faham tanggungjawab dan fungsi mereka sebagai ahli jawatankuasa di dalam organisasi. Kursus jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dan organisasi merupakan kursus yang mempunyai modul pembelajaran berkenaan fungsi jawatankuasa, kehendak undang-undang, tanggungjawab, sistem pengurusan organisasi, mesyuarat, perancangan dan pelaksanaan.

Kursus Pengenalpastian dan Penaksiran Hazad dan Risiko

Kursus ini merangkumi aspek pengenalpastian hazad, penaksiran risiko dan kawalan risiko. Kemahiran dalam mengenalpasti hazad dan risiko menjadi keperluan asas kepada setiap ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. Pengenalpastian dan penaksiran hazad dan risiko merupakan kaedah saintifik yang memerlukan analisis yang sensitif dan cermat.

Kursus Siasatan Kemalangan dan Laporan

Jawatankuasa keselamatan dan kesihatan berfungsi sebagai badan siasatan yang mengkaji trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian merbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan pemulihan. Kemahiran penyiasatan dan laporan kemalangan penting kepada setiap individu di dalam sesebuah jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. Antara kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan siasatan kamalangan adalah:

Memahami konsep siasatan dan dasar siasatan kemalangan.
Memahami prosedur dan kaedah siasatan dan laporan kemalangan mengikut kehendak undang-undang dan standard syarikat.
Kemahiran menggunakan peralatan bagi tujuan pencarian bukti.
Kemahiran menemubual saksi dan mangsa.
Kemahiran menganalisis bukti dan menghubungkait bukti-bukti.
Kemahiran saikologi.
Keperluan berhubung dengan agensi luar dan pihak yang berkaitan.


Kursus Penyeliaan Tempat Kerja

Penyelia merupakan golongan yang amat penting dalam sesebuah organisasi. Mereka adalah penggerak utama perancangan dan jentera operasi organisasi dan mereka juga adalah penghubung di antara para pekerja dengan pihak pengurusan. Kegagalan para penyelia dalam memainkan peranan dan fungsi mereka yang sebenar boleh mengakibatkan kegagalan kepada organisasi secara keseluruhan. Kursus ini penting kepada jawatankuasa keselamatan dan kesihatan sebagai satu (1) langkah memperkayakan kemahiran penyeliaan tempat kerja.

Kursus Psikologi Industri

Kursus ini merupakan kursus yang menjurus kepada kemahiran pengurusan keselamatan dan kesihatan secara pendekatan psikologi yang menghuraikan kaedah, prinsip, dan pengetahuan untuk meningkatkan keberkesanan pekerja dalam industri. Pekerja yang berkesan ada hubungannya dengan peningkatan prestasi industri. Terdapat beberapa aspek dalam organisasi yang boleh diguna untuk meningkatkan keberkesanan pekerja dibincangkan dalam kursus ini seperti motivasi, kepimpinan, kelompok dan pengurusan konflik, pengurusan tekanan, persekitaran kerja dan sebagainya.

KESIMPULAN

Keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996 yang mengkehendaki syarikat membentuk jawatankuasa keselamatan dan kesihatan setakat yang praktik telah memacu Kencana HL Sdn Bhd membentuk struktur jawatankuasa yang konstruktif dan sistematik. Fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan memenuhi kehendak dasar dan melaksana program bagi mencapai misi dan objektif dasar. Bagi memastikan krebiliti jawatankuasa keselamatan dan kesihatan terus kukuh, aspek latihan perlu dititikberatkan agar setiap ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan dapat mempertajamkan kemahiran dan attitud mereka.

RUJUKAN:

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Health, Safety and Environment Plan. Kencana HL Sdn Bhd
Health, Safety and Environment Manual. Kencana HL Sdn Bhd
Health, Safety and Environment Management System. Kencana HL Sdn Bhd
Health, Safety and Environment Policy. Kencana HL Sdn Bhd
Ismail Bahari. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Edisi Kedua.2006

Terminologi 3

Jerebu: Adalah disebabkan partikulat-partikulat atau zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi. Partikulat-partikulat ini menyerap dan menyerakkan cahaya matahari sehingga mengurangkan jarak atau batas penglihatan.

Kesihatan Persekitaran:
Satu (1) cabang perubatan yang berkenaan dengan sudut kesihatan dan tempat kerja seperti penyakit pekerjaan, kecederaan, pencegahan dan lain-lain yang berkaitan dengan perubatan di tempat kerja.

Terminologi 2

Anatomi: Pengajian berkaitan dengan binaan tubuh manusia dan perhubungan di antara satu sama lain.

Fisiologi: Pengajian berkaitan dengan tugas tubuh pada keseluruhannya dan juga tugas struktur.

Luka: Adalah kecederaan pada permukaan kulit dan tisu menyebabkan berlakunya perdarahan sama ada perdarahan luar atau di dalam.

Pertolongan Cemas:
Adalah rawatan yang diberikan kepada mangsa secara serta merta di tempat kejadian sehingga ketibaan ambulan, anggota perubatan yang terlatih atau pegawai perubatan (Doktor)

Kematian Klinikal: Jantung dan pernafasan terhenti.

Kematian Biologikal: Kematian sel-sel otak.

Racun:
Ialah bahan yang boleh merosakkan fungsi badan jika ia masuk ke dalam tubuh badan dalam jumlah yang merbahayakan. (Dos)

Pendarahan:
ialah keluarnya darah dari saluran darah akibat dari kecederaan atau penyakit.

Renjatan:
1) Pengaliran darah yang tidak mencukupi. 2) Tisu tidak mendapat bekalan Oksigen. 3) Kegagalan pada organ penting.

Melecur:
Terbakar pada tisu disebabkan oleh haba kering ataupun haba lembab.

Kecederaan Muscular skeletal:
Kecederaan yang melibatkan otot, sendi, ligamen, tendon dan tulang.

CPR:
Cardio (Jantung) Pulmonary (Paru-paru) Resuscitation (Pemulihan)

Patah:
Adalah keretakan/putus/kepatahan yang berlaku pada tulang.

Terminologi


Kesihatan Persekitaran

Suatu disiplin sains kesihatan yang berkaitan dengan pengawalan terhadap proses-proses biologi, kimia, fizikal dan sosial yang berlaku dalam persekitaran yang boleh menimbulkan kesan mudarat secara langsung atau tidak langsung kepada kesihatan fizikal, mental dan kesejahteraan manusia. Berteraskan kepada konsep dan falsafah bahawa untuk peningkatan taraf kesihatan dan kesejahteraan hidup individu atau sesebuah komuniti adalah memerlukan pengawalan terhadap proses biologi, kimia, fizikal yang berlaku dalam persekitaran dan tempat kerja yang mengancam kesihatan manusia. Proses-proses tersebut perlu dikenal pasti dan difahami sehingga usaha-usaha atau tindakan pengawalan dan pencegahan impaknya dapat dilaksanakan.

Alam Semulajadi

Alam semulajadi (Alam Sekitar) boleh digambarkan sebagai benda hidup (biotic) dan bukan benda hidup (abiotic) yang wujud di atas muka bumi. Kedua elemen ini saling tindak dan interaksi satu sama lain. Fenomena ini digelar sebagai "Ekosistem".

Konsep ekosistem merujuk kepada interaksi hidupan dengan unsur-unsur yang merupakan asas kepada alam dalam hubungan yang saling berkait rapat. Eugene Odum (1971), salah seorang pengasas pengajian ekologi sains berpendapat, "Mana-mana unit atau organisma dalam sesebuah komuniti yang berinteraksi dalam alam fizkal akan menghasilkan satu kitaran tenaga yang jelas menerangkan struktur tropik (trophic structure), biodiversiti dan kitaran hidupan" .

Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran terbina".

Nota kaki:

1) Odum, EP (1971) Fundamentals of ecology, third edition, Saunders New York