Hazard Kimpalan Bhgn 3

Terbakar

Kekerapan haba dan percikan api yang disebabkan oleh aktiviti kimpalan boleh menyebabkan kebakaran jika bahan mudah terbakar atau bahan bakar ada di dalam kawasan kimpalan dan berhampiran. Kimpalan dan potongan haruslah dilakukan di kawasan yang mana bebas dari bahan bakar (combustible material), termasuklah sampah, kayu, kertas, kain, plastik, bahan kimia dan minyak. Dan juga dari bahan mudah terbakar seperti, cecair ethylene dan sebatian alkohol lain. Percikan api ini boleh menjangkau kepada bahan-bahan ini dan mula terbakar. Kemudian berlakunya tindakbalas sekunder seperti letupan dan kemusnahan fizikal dan harta benda.

Melecur juga salah satu kesan dari kerja panas yang biasanya disebabkan oleh cairan logam atau spatter yang berterbangan.

Percikan api boleh menjangkau beberapa meter dan menyebabkan kebakaran. Kejadian ini biasa berlaku apabila aktiviti kimpalan dilakukan di kawasan tinggi yang mana percikan api berterbangan. Pengalaman telah menunjukkan zarah-zarah terbakar ini boleh terbang 20 meter melalui udara dan menyebabkan nyalaan api.

Acythlene dan oksigen biasanya digunakan dalam gas kimpalan. Selalunya percikan api ini, punca utama letupan kepada silinder gas.

Hazard Kimpalan Bhgn 2

Kesan jangka panjang (Chronic)

Kajian telah dibuat menunjukkan, pekerja kimpalan yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser paru-paru, dan berkemungkinan besar mendapat kanser kotak suara; larynx dan kanser urinary.

Keputusan kaijian ini jelas tidak memberi impak yang mengejutkan kerana kuantiti toxicant yang besar dalam asap kimpalan mengandungi agen penyebab kanser (carcinogenic) seperti Cadmium, Nikel, Beryllium, Chromium dan Arsenic.

Mangsa yang terlibat dengan penyakit pernafasan yang kronik, mempunyai symptom seperti Bronchitis, Asthma, Pneumonia, Emphysema, Pneumoconiosis (berdasarkan kepada penyakit berkaitan habuk dan debu), kapasiti paru-paru berkurang, silicosis, siderosis (penyakit berkaitan dengan debu yang disebabkan dengan Iron Oksida dalam paru-paru).
Masalah kesihatan lain yang berkaitan kimpalan adalah:

· Penyakit Jantung
· Penyakit Kulit
· Hilang Pendengaran
· Chronic Gastritis (bengkak dalam perut)
· Gastroduodenitis (bengkak dalam perut dan usus kecil)
· Ulser di perut dan usus kecil

Pengimpal yang terdedah kepada logam berat seperti Chromium dan Nikel berisiko tinggi untuk penyakit buah pinggang.

Aktiviti kimpalan juga memberi kesan kepada sistem pembiakan. Kajian terbaru menemui bahawa pengimpal yang terdedah terutama yang bekerja dengan keluli stainless berisiko memberi kesan kemiskinan Sperma berbanding dengan jenis kerja yang lain. (James, L. B. and Philip L. W. 1985. “Male Reproductive Toxins” Industrial Toxicology, Safety And Health Applications In The Workplace, 346-347.

Hazard Kimpalan Bhgn 1

Gas Bertoksik

Asap kimpalan merupakan campuran zarah-zarah halus (fumes) dan gas. Berpunca dari pembakaran dan cairan flux dari elektrod kimpalan dan gas-gas lain yang berpunca dari logam utama atau lapisan logam utama. Kesan kesihatan daripada pendedahan aktiviti kimpalan adalah sukar dihuraikan kerana wasap mungkin mengandungi banyak kandungan yang diketahui merbahaya. Sesetengah komponen asap kimpalan boleh memberi kesan kepada mana-mana bahagian anggota badan, termasuk paru-paru, jantung, ginjal, Central Nervous System CNS.

Pengimpal yang mana merokok mempunyai risiko kesihatan lebih tinggi berbanding pengimpal yang tidak merokok, walaubagaimanapun semua pengimpal dan orang berdekatan terdedah kepada risiko.

Pendedahan kepada asap kimpalan mempunyai kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang (short term and long term).

Kesan jangka pendek (acute)

Boleh menyebabkan batuk, nafas berbunyi, sesak nafas, bronchitis, pulmonary edema (paru-paru berair) dan pneumonitis (bengkak dalam paru-paru).

Kesan Gastrointestinal, seperti mual, hilang selera makan, muntah, kekejangan otot perut dan penghadaman yang lembab. Semua ini ada bersangkutan dengan aktiviti kimpalan.

Sesetengah wasap welding, contohnya Cadmium, boleh membunuh dalam masa yang singkat. Gas dibebaskan dari proses kimpalan juga boleh sangat merbahaya. Sebagai contoh; sinaran ultraungu yang dibebaskan bertindakbalas dengan oksigen dan nitrogen oksida . Gas-gas ini membunuh dengan kadar dos yang tinggi ketika pendedahan dan juga menyebabkan radang pada hidung, tekak dan penyakit paru-paru yang serius.

Sinaran ultraungu yang dibebaskan dari aktiviti kimpalan boleh bertindakbalas dengan larutan Chlorinated Hydrokarbon, contohnya Trichloroethylene, 1,1,1-trichloroethelene, methylene chloride, dan Perchloroethylene untuk membentuk gas phosgene. Walaupun dengan kadar yang amat sedikit. Gas Phosgene mungkin mengambil 5-6 jam untuk terbentuk. Arka kimpalan harus dibentuk dalam lingkungan 200 kaki dari pelarut.

Kandungan bahan cemar (contaminant)

(Safety in Welding, WeldTek95, Malaysia Technical Conferences, Malaysia Oxygen Berhad)

Kimpalan

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.

Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan elektron dan ultrabunyi.



Gambarajah: Set Kimpalan Oksigen

Bising Bhgn 2

Sekiranya anda bekerja di tempat yang bising

Jika anda bekerja di tempat yang bising, majikan harus memberitahu anda sekiranya kajian (penilaian) menunjukkan pendedahan kepada bunyi bising mencapai tahap yang boleh menjelaskan apa anda patut buat untuk mengelak risiko itu.

Majikan anda mempunyai beberapa perkara untuk dibuat termasuk mengurangkan kadar bising sebagaimana mungkin. Cara-caranya akan dijelaskan dalam carta. Anda seharusnya bertindak untuk melindungi diri anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan sama ada bunyi bising boleh menjadi sesuatu yang merbahaya atau tidak, anda harus bertanya kepada penyelia ataupun wakil pegawai keselamatan sama ada mereka telah membuat penilaian bunyi (noise assessment).



Pelindung Telinga

Gunakanlah pelindung telinga ataupun penyumbat telinga untuk melindungi telinga anda sekiranya majikan anda memberitahu bahawa anda mempunyai risiko pendengaran di kawasan tempat kerja anda. Majikan anda seharusnya membekalkan pelindung telinga yang sesuai dan meletakkan tanda ’Zon Pelindungan Telinga’ di kawasan tahap kebisingan yang tinggi. Manakala di tempat yang kadar kebisingan yang rendah, anda juga dinasihatkan supaya kadar kebisingan yang rendah, anda juga dinasihatkan supaya menggunakan pelindung telinga. Demi kebaikan anda, ambilah tindakan sewajarnya untuk melindungi pendengaran anda sendiri. Jagalah alat pelindung diri anda dan jaga kebersihannya juga. Alat pelindung yang rosak dan kotor tidak dapat melindungi anda dengan berkesan malah akan menyebabkan jangkitan.

Alat yang rosak

Jangan abaikan peralatan yang rosak. Jika anda mengetahui bahawa pelindung ataupun peralatan untuk mengawal kebisingan anda masalah, anda harus memberitahu majikan, penyelia ataupun wakil keselamatan.

Jauh dari tempat kerja

Anda haruslah tahu bahawa bunyi yang terlampau bising menyebabkan risiko. Beberapa aktiviti hiburan seperti konsert ataupun menembak boleh menimbulkan risiko tersebut. Ini akan menambahkan lagi masalah pendengaran yang sedia ada.

Nasihat dari pakar perubatan

Jangan sesekali mengabaikan kesihatan telinga anda. Jika anda rasa bahawa anda mempunyai masalah pendengaran, adalah dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu. Anda haruslah ingat untuk memberitahu doktor bahawa anda bekerja di tempat yang bising.

Anatomi Telinga:


Sumber: DSE Petronas Carigali Sdn Bhd

Bising Bhgn 1

Bunyi Bising Di Tempat Kerja

Bunyi bising boleh menjadikan masalah di dalam banyak jenis pekerjaan. Tahap bahaya bergantung kepada kekuatan bunyi tersebut dan berapa lama anda terdedah kepadanya. Antara petanda untuk menentukan sama ada anda mempunyai maslah atau tidak:

1. Kamu terpaksa menjerit untuk memastikan percakapan kamu didengari oleh seseorang dalam jarak dua (2) meter.

2. Telinga anda masih lagi berdengung walaupun selepas meninggalkan kawasan kerja.


Mereka yang bekerja di kawasan bengkel kejuruteraan, kilang kayu, disko ataupun dewan konsert, kilang pembotolan ataupun sesiapa sahaja yang menggunakan mesin yang mengeluarkan bunyi bising di kawasan ladang atau hutan, merupakan mereka yang mungkin terdedah kepada bunyi bising yang merbahaya.

Mereka yang terlibat dalam lawatan ke tempat-tempat tersebut juga, boleh terdedah kepada risiko ini.

Apa yang perlu saya lakukan?

Usaha yang berterusan haruslah dilakukan untuk mencari bunyi bising yang menyebabkan bahaya, mengurangkan atau melindungi orang yang terlibat dapat mengelakkan kerosakan. Bunyi bising yang membahayakan ini boleh dikawal sekiranya mereka yang terlibat-majikan, pekerja ataupun pembekal mesin bekerjasama untuk memastikan cara pengawalan yang bersesuaian digunapakai dan berfungsi dengan efektif.

Mengukur Bunyi Bising

Kaedah teknikal untuk mengukur bunyi bising di tempat kerja dalam unit ’desibel’ dB (A) mungkin nampak merumitkan namun, asasnya mudah sahaja. Had bunyi bising iaitu kenyaringan bunyi diukur dengan menggunakan skala yang bermula dari bunyi senyap yang virtual 0 dB (A) hingga 140 dB (A) ataupun yang lebih kuat seperti yang terhasil dari bengkel yang paling bising. Untuk bunyi letupan yang kuat (contohnya: daripada pistol) satu (1) skala khas digunakan untuk mengukur had maksimum yang mampun dicapai oleh gelombang bunyi.

Di dalam kebanyakkan pekerjaan, risiko yang dialami bukan hanya bergantung kepada tahap bunyi bising tetapi juga kepada jangkamasa individu tersebut terdedah kepadanya; semakin tinggi tahap bunyi bising, semakin singkat masa yang diperlukan untuk menyebabkan kerosakan kepada telinga. Jumlah keseluruhan pendedahan bunyi bising kepada kepada keseluruhan hari bekerja dipanggil ’Dos pendedahan bunyi bising harian individu’.

Di dalam sesetengah pekerjaan, tekanan mungkin terlalu tinggi dan tindakan segera perlu diambil walaupun bunyi bising tersebut hanya berlaku kadang-kadang sahaja.

Keselamatan Mengangkat

10 soalan sebelum melakukan aktiviti mengangkat

Adakah anda sedar dan faham sepenuhnya prosedur mengangkat sebelum anda melakukan kerja tersebut?

Adakah anda telah mengadakan taklimat keselamatan bersama semua anggota yang terlibat sebelum memulakan tugasan mengangkat?

Adakah pemeriksaan dilakukan ke atas peralatan sebelum anda mengunakannya;

- Had muatan selamat (SWL)
- nombor perakuan (CF) iaitu; PMA untuk mesin angkat, No.siri dan sebagainya
- Tarikh sah sijil peralatan yang akan digunakan (bagi yang berkenaan)
- Koda warna ( quarterly inspection colour code)

Adakah semua ciri-ciri/peranti keselamatan diuji dan berfungsi dengan baik?

Adakah semua anggota mengetahui siapakah yang bertanggungjawab untuk kerja mengangkat yang akan dilakukan?

Adakah anggota yang terlibat mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang tugas masing-masing?

Adakah terdapat rancangan pengangkatan (lift plan) yang merangkumi Analisa Kerja Selamat (JSA), Permit (PTW) dan Release Note (bagi yang berkenaan)?

Adakah zon pengangkatan dikawal dengan secukupnya bagi mengelakkan sebarang bahaya kepada orang lain yang bekerja berhampiran kawasan pengangkatan?

Adakah cara-cara memberikan isyarat dan komunikasi dipersetujui dan jelas kepada semua yang terlibat?

Adakah aktiviti mengangkat dikawal oleh Penyelia bertauliah (designated lifting supervisor)?