Sistem Pengurusan Persekitaran

ISO adalah singkatan kepada (International Organization for Standardization), ia merupakan badan antarabangsa yang menerajui standard sistem pengurusan seperti Sistem Pengurusan Persekitaran ISO 14000. ISO ditubuhkan pada 23 Februari 1947 yang berpusat di Geneva, Switzerland.


Sistem Pengurusan Persekitaran


Sistem ini adalah khas dicipta untuk memberikan langkah-langkah yang sesuai dalam pengurusan prestasi persekitaran dan membantu organisasi memperkemaskan serta bergerak ke arah kemajuan proses pengurusan persekitaran. Sistem Pengurusan Persekitaran akan sentiasa membantu anda agar prosedur organisasi anda mematuhi peraturan ISO 140001.


Sistem ini juga akan membantu organisasi mengenal pasti sisa-sisa terjadual, menyenggara maklumat inventori dan kemudahan rawatan sisa-sisa. Ia agak membantu dalam pengurusan sisa-sisa terjadual. Selain daripada itu,sistem ini juga membekalkan satu set pangkalan data Sisa-sisa Terjadual, notifikasi sisa-sisa, maklumat inventori, nota-nota pengiriman dan maklumat peraturan. Sistem ini bukan sahaja dapat menyenggarakan senarai kenderaan berlesen, senarai kontraktor yang menguruskan sisa-sisa dan senarai kemudahan rawatan sisa malah juga membantu menyenggarakan penyimpanan rekod bagi penghasilan sisa-sisa dan pembuangan sisa-sisa. Sistem tersebut memusatkan semua kos seperti kos rawatan, maklumat pengurusan rawatan dan aktiviti-aktiviti yang lain.


Ia juga membekalkan rekod-rekod Effluen Perindustrian yang merupakan satu keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 ( Kumbahan dan Effluen-Effluen Perindustrian)Peraturan 1979. Sistem ini juga membekalkan perkhidmatan pengurusan bagi Pengawasan Udara yang diwajibkan bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Udara Bersih)Peraturan 1978. Sistem ini membantu menyenggarakan senarai kontraktor berlesen, perunding berlesen dan makmal dalam talian yang diiktiraf mengikut syarat undang-undang untuk mengelakkan operasi haram berlaku. Ia juga akan memperingatkan anda tentang tarikh tamat lesen mesin, lesen peralatan dan sebagainya. Anda akan diberi maklumat yang terkini dalam peraturan dan peruntukan undang-undang dari semasa ke semasa.


Sistem Pengurusan Persekitaran ISO 14000


ISO 14001 adalah standard sistem pengurusan persekitaran yang diimplimentasikan kepada semua bidang termasuk industri tanpa mengira saiz, lokasi dan pendapatan keuntungan yang didapati. Objektif utama standard ini adalah untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar seperti pencemaran yang diakibatkan dari sisa buangan contohnya sistem pembuangan berjadual industri.


Elemen Utama ISO 14000


ISO 14001

Environmental management systems – Requirements with guidance for use.

ISO 14004

Environmental management systems -- General guidelines on principles, systems and support techniques.

ISO 14015

Environmental assessment of sites and organizations.

ISO 14020

series (14020 to 14025) Environmental labels and declarations.

ISO 14031

Environmental performance evaluation – Guidelines.

ISO 14040

series (14040 to 14049), Life Cycle Assessment, LCA, discusses pre-production planning and environment goal setting.

ISO 14050

terms and definitions.

ISO 14062

discusses making improvements to environmental impact goals.

ISO 14063

Environmental communication -- Guidelines and examples.

ISO 19011

which specifies one audit protocol for both 14000 and 9000 series standards together. This replaces ISO 14011 meta-evaluation—how to tell if your intended regulatory tools worked. 19011 is now the only recommended way to determine this.



Kepentingan Sistem


Setiap sistem yang wujud memerlukan misi dan visinya supaya segala perancangan tercapai dengan berkesan. Secara umumnya pihak majikan mahupun pekerja kurang dan tidak mengendah tentang kepentingan Polisi, sedangkan Polisi adalah tunjang kepada sistem pengurusan bersepadu.


Setelah wujudnya Polisi Alam Sekitar, boleh beranjak kepada beberapa tahap lagi untuk memastikan Polisi yang telah digariskan terlaksana dan tercapai. Elemen penting dalam sistem pengurusan alam sekitar antaranya ialah:


1. Perancangan


Setiap sistem pengurusan memerlukan perancangan yang bersistem agar segala apa yang dirancang bergerak dengan sistematik.


2. Aspek Alam Sekitar


Aspek alam sekitar perlu dikenalpasti seperti yang tertakluk dengan aktiviti, produk dan servis yang ada di dalam permis syarikat.


3. Keperluan Undang-undang


Keperluan undang-undang perlu dipatuhi agar sistem ini dapat bergerak berpandukan standard yang telah ditetapkan. Dalam bidang persekitaran Undang-undang Persekitaran digunakan (Akta Kualiti Alam Sekitar 1974)


4. Objektif dan Target


Setiap sistem pengurusan memerlukan perancangan yang bersistem agar segala apa yang dirancang bergerak dengan sistematik. Objektif sistem perlu jelas dan mudah dicapai. Objektif sistem pengurusan persekitaran dapat dilahirkan dengan cara membangunkan Dasar Alam Sekitar Syarikat.


5. Program Pengurusan Alam Sekitar


Setiap objektif dan perancangan yang telah disenaraikan perlu adanya pengisian agar Program ini dapat memberi kesan yang signifikan. Oleh itu program pengurusan alam sekitar haruslah ada. Program pengurusan alam sekitar boleh diperjelaskan di dalam Prosedur Perancangan Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management Plan)


6. Pelaksanaan dan Operasi


Program-program yang dirancang perlu dilaksanakan secara berkesan. Sebarang program yang tidak dilaksanan menunjukkan satu perancangan program yang lemah dan perlu dikenalpasti permasalahnya dan tindakan pembetulan amatlah perlu.


7. Tanggungjawab


Setiap individu di dalam syarikat mempunyai tanggungjawab terhadap alam sekitar, namun begitu tanggungjawab utama ini dipikul oleh pengurusan besar syarikat.


8. Keperluan Latihan, Kesedaran dan Kopetensi


Bagi memastikan program pengurusan alam sekitar dapat dilaksanakan secara effisien, keperluan latihan, kesedaran dan kopetensi harus dipertekankan. Setiap lapisan individu di dalam permis syarikat harus tahu paling tidak kepentingan dan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar. Pihak majikan mempunyai tanggungjawab dalam merancang program latihan, kesedaran dan kopetensi kepada pekerjanya.


9. Komunikasi


Program pengurusan persekitaran tidak akan bergerak sekiranya tidak dikomunikasikan kepada setiap lapisan individu di dalam permis syarikat. Maklumat-maklumat penting syarikat berkenaan pengurusan persekitaran mesti diwar-warkan kepada semua pekerja. Dasar Alam Sekitar merupakan perkara paling penting yang perlu dikomunikasikan kepada semua lapisan individu di dalam syarikat.


10. Dokumentasi Sistem Pengurusan Alam Sekitar


Dokumentasi sistem pengurusan alam sekitar perlu agar segala dokumen yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar direkod dan disimpan untuk keperluan rujukan dan analisis. Sistem pendokumentasian yang baik dapat melicinkan lagi program pengurusan alam sekitar. Ini amat penting kerana elemen pendokumentasikan merupakan


11. Kawalan Dokumen


Setiap dokumen yang telah direkod perlu dikawal agar tiada sebarang ketidakstrukturan dalam pengurusan dokumentasi. Seharusnya seorang penyelia dokumen (Document Controller) perlu dilantik bagi tujuan ini.


12. Kawalan Operasi


Program-program yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar memerlukan satu kawalan yang sistematik. Sebagai contoh, program penjadualan pelupusan sisa berjadual, program ini perlu diatur sebaik mungkin. Komunikasi dan koordinasi bersama dengan pihak pelupusan sisa perlu dibuat sebaik yang mungkin. Sebarang pendokumentasian perlu jelas dan baik.


13. Kesiapsiagaan dan Tindakbalas Kecemasan


Bahan-bahan berbahaya dan bertoksik memerlukan satu sistem kesiapsiagaan dan tindakbalas kecemasan ketika berlakunya kecemasan seperti tumpahan dan sebagainya. Sistem ini lebih dikenali sebagai Prosedur Kecemasan dan Penrancangan Tindakbalas (ERP)


14. Semakan dan Pembetulan


Semakan dan pembetulan merupakan satu metodologi penilaian terhadap program yang telah dijalankan. Ini penting bagi mengetahui titik kelemahan dan kebaikan sesuatu program.


15. Pemantauan dan Penilaian


Pemantauan dan penilaian amat penting bagi memastikan sistem pengurusan persekitaran dapat dilaksanakan dengan baik. Pemantauan boleh dilaksanakan dengan cara audit dalaman yang berkala, pemeriksaan berkala dan sebagainya. Program lawatan tapak juga merupakan salah satu program pemantauan dan penilaian.


16. NCR dan Pembetulan dan Pencegahan


NCR akan diisu oleh badan pengauditan kepada syarikat yang gagal dalam pematuhan terhadap sistem pengurusan persekitaran dan tidak membuat sebarang pembaikan.


Pihak syarikat perlu mengadakan satu sistem yang dapat mengenalpasti sebarang kesalahan dan kelemahan pada sesuatu sistem. Ini boleh dilaksanakan dalam bentuk senarai semak dan lain-lain.


Pihak syarikat juga perlu menyemak semula keberkesanan sesuatu program yang telah dijalankan.


17. Rekod


Syarikat perlu membangunkan sistem penyimpanan rekod yang baik. Syarikat perlu mendemonstrasikan kelicinan dan kebolehoperasian sesuatu sistem rekod.


18. Audit Pengurusan Alam Sekitar


Audit perlu dilaksanakan bagi mengesan sebarang ketidakberkesanan sistem yang sedia ada. Pihak syarikat memerlukan inisiatif untuk mengadakan audit dalaman yang memfokuskan kepada pengurusan alam sekitar.


19. Semakan dan Kemaskini Majikan


Penyemakan dan kemaskini majikan merupakan satu bentuk komitmen majikan kepada keperluan sistem pengurusan alam sekitar. Pihak majikan perlu memeriksa:


  1. Keputusan audit dalaman
  2. Performance syarikat kepada sistem persekitaran
  3. Status NCR, keperluan pembetulan dan sebagainya
  4. Objektif dan target
  5. Cadangan pembaikan


Elemen-elemen di atas dapat disimpulmudahkan dengan konsep Perancangan (Plan), Pelaksanaan (Do), Penyemakan (Check) dan Pembetulan (Action) atau PDCA.


Langkah Perlaksanaan Sistem Pengurusan Persekitaran


Suatu dasar yang bagus haruslah padat, mudah dan senang untuk difahami. Dasar ini perlu memasukkan elemen persekitaran seperti misi dan visi syarikat terhadap signifikan kepada alam sekitar.


Manfaat yang dapat diperolehi dari Sistem Pengurusan Alam Sekitar


1. Mengurangkan impak dan aspek alam sekitar yang berpunca dari syarikat.

2. Mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan dan membolehkan syarikat menjimatkan kos penggunaan tenaga.

3. Mengurangkan sisa-sisa buangan industri dan mengelakkan pencemaran kepada alam sekitar.

4. Mencegah potensi kemalangan dan mengurangkan risiko kemalangan yang bersangkutan dengan persekitaran.

5. Memajukan status dan imej syarikat agar setanding dengan syarikat-syarikat multinasional yang lain.

6. Mematuhi kepada peraturan-peraturan persekitaran tempatan dan penyesuaian dengan perkembangan masa akan datang.

7. Meningkatkan keefektifan sistem pengurusan persekitaran menerusi pembetulan yang berterusan (Continual Improvements)