Bising Bhgn 1

Bunyi Bising Di Tempat Kerja

Bunyi bising boleh menjadikan masalah di dalam banyak jenis pekerjaan. Tahap bahaya bergantung kepada kekuatan bunyi tersebut dan berapa lama anda terdedah kepadanya. Antara petanda untuk menentukan sama ada anda mempunyai maslah atau tidak:

1. Kamu terpaksa menjerit untuk memastikan percakapan kamu didengari oleh seseorang dalam jarak dua (2) meter.

2. Telinga anda masih lagi berdengung walaupun selepas meninggalkan kawasan kerja.


Mereka yang bekerja di kawasan bengkel kejuruteraan, kilang kayu, disko ataupun dewan konsert, kilang pembotolan ataupun sesiapa sahaja yang menggunakan mesin yang mengeluarkan bunyi bising di kawasan ladang atau hutan, merupakan mereka yang mungkin terdedah kepada bunyi bising yang merbahaya.

Mereka yang terlibat dalam lawatan ke tempat-tempat tersebut juga, boleh terdedah kepada risiko ini.

Apa yang perlu saya lakukan?

Usaha yang berterusan haruslah dilakukan untuk mencari bunyi bising yang menyebabkan bahaya, mengurangkan atau melindungi orang yang terlibat dapat mengelakkan kerosakan. Bunyi bising yang membahayakan ini boleh dikawal sekiranya mereka yang terlibat-majikan, pekerja ataupun pembekal mesin bekerjasama untuk memastikan cara pengawalan yang bersesuaian digunapakai dan berfungsi dengan efektif.

Mengukur Bunyi Bising

Kaedah teknikal untuk mengukur bunyi bising di tempat kerja dalam unit ’desibel’ dB (A) mungkin nampak merumitkan namun, asasnya mudah sahaja. Had bunyi bising iaitu kenyaringan bunyi diukur dengan menggunakan skala yang bermula dari bunyi senyap yang virtual 0 dB (A) hingga 140 dB (A) ataupun yang lebih kuat seperti yang terhasil dari bengkel yang paling bising. Untuk bunyi letupan yang kuat (contohnya: daripada pistol) satu (1) skala khas digunakan untuk mengukur had maksimum yang mampun dicapai oleh gelombang bunyi.

Di dalam kebanyakkan pekerjaan, risiko yang dialami bukan hanya bergantung kepada tahap bunyi bising tetapi juga kepada jangkamasa individu tersebut terdedah kepadanya; semakin tinggi tahap bunyi bising, semakin singkat masa yang diperlukan untuk menyebabkan kerosakan kepada telinga. Jumlah keseluruhan pendedahan bunyi bising kepada kepada keseluruhan hari bekerja dipanggil ’Dos pendedahan bunyi bising harian individu’.

Di dalam sesetengah pekerjaan, tekanan mungkin terlalu tinggi dan tindakan segera perlu diambil walaupun bunyi bising tersebut hanya berlaku kadang-kadang sahaja.

No comments:

Post a Comment