Pengurusan Alam Sekitar

Setiap sistem yang wujud memerlukan misi dan visinya supaya segala perancangan tercapai dengan berkesan. Secara umumnya pihak majikan mahupun pekerja kurang dan tidak mengendah tentang kepentingan Polisi, sedangkan Polisi adalah tunjang kepada sistem pengurusan bersepadu.

Setelah wujudnya Polisi Alam Sekitar, boleh beranjak kepada beberapa tahap lagi untuk memastikan Polisi yang telah digariskan terlaksana dan tercapai. Elemen penting dalam sistem pengurusan alam sekitar antaranya ialah:

1. Perancangan
2. Aspek Alam Sekitar
3. Keperluan Undang-undang
4. Objektif dan Target
5. Program Pengurusan Alam Sekitar
6. Pelaksanaan dan Operasi
7. Tanggungjawab
8. Keperluan Latihan, Kesedaran dan Kopetensi
9. Komunikasi
10. Dokumentasi Sistem Pengurusan Alam Sekitar
11. Kawalan Dokumen
12. Kawalan Operasi
13. Kesiapsiagaan dan Tindakbalas Kecemasan
14. Semakan dan Pembetulan
15. Pemantauan dan Penilaian
16. NCR dan Pembetulan dan Pencegahan
17. Rekod
18. Audit Pengurusan Alam Sekitar
19. Semakan dan Kemaskini Majikan

Elemen-elemen di atas dapat disimpulmudahkan dengan konsep Perancangan (Plan), Pelaksanaan (Do), Penyemakan (Check) dan Pembetulan (Action) atau PDCA.

1 comment:

  1. Salam prof,

    Saya baru sahaja mnyambung pengajian dlm bidang Pengurusan Alam Sekitar di UPM dan agak musykil tentang pekerjaan pada masa hadapan.

    Adakah peluang pekerjaan dalam bidang ini luas dan amat diperlukan seperti mana doktor dan juga engineer?

    Terima kasih

    ReplyDelete